Pemain berpengalaman China, Lin Dan, membuktikan dirinya masih berbisa apabila menjuarai perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019 di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Kejuaraan keduanya dalam Terbuka Malaysia hadir selepas Lin Dan menewaskan rakan senegara, Chen Long, dalam aksi tiga set 9-21, 21-17, 21-11.
Agak unik apabila hadiah kemenangan Lin Dan disampaikan sendiri oleh Datuk Lee Chong Wei yang sebelum ini merupakan seterunya di gelanggang.
Mengulas mengenai kemenangannya itu, Lin Dan berkata, “Kemenangan ini menunjukkan latihan saya membuahkan hasil. Dalam beberapa kejohanan sebelum ini, saya tewas dalam pusingan awal. Muncul juara di sini ibarat mimpi buruk saya sudah berakhir.
“Saya berterima kasih kepada semua penyokong sehinggakan ada peminat yang menulis surat untuk memberikan sokongan ketika saya jatuh dan bangun.
“Ini kali pertama saya dapat hadiah yang disampaikan Chong Wei. Sebelum ini dia adalah lawan yang saya tewaskan untuk muncul juara kali pertama dalam Terbuka Malaysia. Harap kami akan bertemu lagi di gelanggang selepas ini.”
Dalam acara perseorangan wanita, pemain Taiwan, Tai Tzu Ying, menepati ramalan untuk muncul juara apabila dia cemerlang menundukkan pemain dari Jepun, Akane Yamaguchi, 21-16, 21-19.
Gandingan beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen, turut mendominasi kategori lelaki apabila menumpaskan pemain dari negara matahari terbit, Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda, 21-12, 21-17.
Acara beregu wanita juga dikuasai China apabila Chen Qingchen-Jia Yifan bertemu sesama sendiri dengan Du Yue-Li Yinhui dalam perlawanan akhir. Aksi tersebut dimenangi Qingchen-Yifan 21-14 21-15.
Aksi beregu campuran memperlihatkan gandingan China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong, bergelar juara apabila turut menundukkan rakan senegara, Wang Yilyu-Huang Dongping, 21-17, 21-13 dalam masa 37 minit.
Bagi pasukan negara pula, biarpun kecewa kerana tiada wakil yang layak ke pentas akhir, namun kebangkitan semula pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang mara ke separuh akhir merupakan petanda baik buat mereka.
Jurulatih beregu campuran, Chin Eei Hui, berkata, “Untuk Kian Meng-Pei Jing, ia adalah pencapaian yang bagus buat mereka kerana dalam beberapa kejohanan sebelum ini, mereka tewas di peringkat awal. Walaupun kalah dalam separuh akhir, ini menyuntik satu keyakinan besar buat Kian Meng-Pei Jing.
“Saya harap mereka akan konsisten dan terus meningkat selepas ini. Biarpun prestasi mereka ketika ini masih di bawah tahap sebenar berbanding ketika menduduki ranking 10 terbaik dunia, saya yakin sekiranya mereka berkeyakinan tinggi, tidak mustahil untuk kembali ke prestasi asal.”