Cerita berbeza ditampilkan pemain perseorangan wanita negara pada hari kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2018 apabila Soniia Cheah gagal memberi tentangan sengit kepada pemain nombor satu dunia, Tai Tzu Ying, sementara Lee Ying Ying mencipta kejutan apabila mara ke pusingan kedua.
Kali terakhir Soniia berdepan Tzu Ying adalah dalam Kejohanan Masters Malaysia, Januari lalu, namun dia mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tewas 18-21, 21-12, 12-21.
Namun, kali ini dia sama sekali gagal untuk mengulangi rentak sama, apatah lagi dalam tempoh enam bulan ini sahaja, Tzu Ying sudahpun mengumpul empat kejuaraan.
Ia menjadi perlawanan yang sukar buat Soniia dan akhirnya dia mudah disingkirkan oleh Tzu Ying yang hanya memerlukan 30 minit untuk menang 21-10, 21-9, sekali gus mara ke pusingan seterusnya.
"Saya membuat kesilapan, tambahan pula keadaan di dalam gelanggang berbeza berbanding sebelum ini, " kata Soniia.
Bagi Tzu Ying pula: "Saya tidak rasa banyak perubahan. Mungkin saingan ini masih di peringkat awal, lagipun saya belum berjumpa lawan yang lain.
"Saya juga tidak pasti keadaan sebegini akan berterusan."
Harapan Malaysia dalam acara perseorangan wanita kini digalas oleh bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying, yang menyingkirkan pemain Taiwan, Chiang Ying Li, 21-14, 19-21, 21-7.
"Ini merupakan peningkatan mendadak saya berdasarkan keputusan ini.
"Saya harap boleh beraksi lebih bagus," kata Ying Ying.
Sementara itu, dua wakil negara dalam acara beregu wanita turut terkandas awal apabila tewas kepada lawan masing masing.
Ia bermula dengan gandingan muda, Lim Jee Lyn-Yap Zhen, yang gagal menandingi kemampuan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, apabila tumpas 12-21, 6-21.
Turut sama tersingkir adalah pasangan beregu negara, Tee Jing Yi-Goh Yea Ching, kepada pasangan Korea Selatan, Kim Hye Rin-Kong Hee Yong, 19-21, 18-21 dalam pertembungan pertama mereka.
"Pihak lawan menyukarkan kami untuk membalas pukulan mereka.
"Kami telah cuba yang terbaik, namun beberapa mata terakhir juga dilepaskan dengan mudah," kata Jing Yi.