Peminat badminton Malaysia mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan Datuk Lee Chong Wei kembali beraksi selepas jaguh badminton negara itu membuat keputusan menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 di Arena Axiata, Bukit Jalil, 2 hingga 7 April depan.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini berkata pemain berusia 36 tahun itu sedang dalam proses pemulihan yang berjalan dengan baik tetapi dia dinasihatkan oleh doktor supaya menarik diri daripada pertandingan Tahap 3 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu bagi memastikan anggota tubuhnya tidak menghadapi tekanan yang tidak sewajarnya.
“Keutamaan BAM kekal tertumpu kepada kesihatan Chong Wei dan akan terus memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepadanya. Kami juga menggesa setiap orang supaya memberikan ruang dan masa yang diperlukan untuk pemulihannya,” kata badan badminton kebangsaan itu.
"Saya telah mendapat reaksi daripada dia. Dia berjumpa dengan doktor pada hari ini jam 11 pagi tadi. Kesimpulannya, keadaan rawatan Chong Wei berjalan lancar dan baik, namun dia telah dinasihatkan bahawa apa sahaja yang ingin dilakukan, termasuk keinginan untuk bertanding di peringkat kompetitif, harus mengikut langkah yang perlu. Ia bertujuan untuk tiada desakan bermain," tambah Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Berdasarkan undian yang dikeluarkan BWF awal bulan ini, Chong Wei yang merupakan juara 12 kali Terbuka Malaysia akan bertemu pemain nombor satu India, K.Srikanth, dalam pusingan pembukaan.
Berikutan Chong Wei menarik diri, skuad badminton negara sudah pasti mengharapkan pemain muda seperti Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven untuk menyinar buat negara dalam kejohanan yang menawarkan hadiah AS$700,000 (RM2.853 juta) itu.
Untuk rekod, Chong Wei berehat daripada badminton selama lapan bulan selepas mendapatkan rawatan untuk kanser hidung di Taiwan.
Chong Mei menjuarai Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011,2012, 2013, 2014, 2016 dan 2018.