BADMINTON
Terbuka Malaysia: Axelsen halangan Chong Wei dalam suku akhir
Datuk Lee Chong Wei tetap membara memburu kejuaraan ke-12 Kejohanan Terbuka Malaysia meskipun seteru dan juara bertahan, Lin Dan, tersngkir sementara dua lagi wakil dalam suku akhir, perseorangan wanita, Goh Jin Wei, dan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, berdepan cabaran yang bakal menguji kredibiliti mereka.
Chong Wei akan turun beraksi di Axiata Arena berdepan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, dalam suku akhir, petang ini.
"Ini merupakan satu kejohanan yang berbeza dan beraksi di laman sendiri, saya akan memberikan yang terbaik," kata Chong Wei.
Iklan
"Walaupun sudah memenanginya 11 kali, saya masih mahu menampilkan persembahan berkualiti dan mencari kejuaraan buat kali ke-12."
Jin Wei, yang melangkah ke suku akhir selepas pertembungan luar biasa menentang Sung Ji Hyun semalam, juga akan berdepan pemain nombor satu dunia.
Tai Tzu Ying sebelum ini sudah menyingkirkan rakan senegara Jin Wei, Soniia Cheah, dalam pusingan pertama.
"Saya teruja untuk berdepan Tzu Ying kerana ia akan menilai jurang saya dengan pemain nombor satu dunia itu," kata Jin Wei.
Dalam aksi beregu lelaki, V Shem-Wee Kiong, akan mencongak perhitungan dengan seteru dari Jepun, Takeshi Kamuran dan Keigo Sonoda.
Lawan akan berbekalkan kelebihan psikologi dengan merekodkan lima kemenangan ke atas beregu negara itu sebelum ini.
"Jurulatih Jepun, Jeremy Gan, mungkin banyak membaca corak permainan kami dan ia merupakan kelebihan buat mereka," kata V Shem.
Must-Watch Video



