BADMINTON
Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir tumbangkan pilihan ketiga dari Indonesia
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas menewaskan gandingan pilihan ketiga dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima, Aaron dan Wooi Yik tampil bertenaga untuk bangkit daripada ketinggalan dan mengikat kedudukan 11-11 sebelum memenangi set pertama, 21-13.
Aksi kian sengit dalam set kedua, di mana kedua-dua beregu saling berkejaran mata tetapi selepas mengikat kedudukan 20-20, pasangan negara itu membenarkan lawan untuk memungut dua mata terakhir, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Iklan
Sorakan padu penyokong jelas membakar semangat Aaron dan Wooi Yok dalam set ketiga dan selepas mengikat kedudukan 4-4, mereka tidak pernah ketinggalan sebelum menamatkan pertarungan selama 52 minit itu dengan kemenangan 21-19 dalam set terakhir.
Menanti mereka dalam penentuan ke final esok adalah beregu pilihan kedua dari Jepun, Takuro Hoki, Yugo Kobayashi.
Sementara itu itu, beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, kandas dalam suku akhir selepas tewas kepada pilihan keenam dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.RESULTS: #PETRONASMalaysiaOpen2022QF#MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) def. #INA?? Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan(3) 21-13 20-22 21-19#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/TpcYaabJ34— BAM (@BA_Malaysia) July 1, 2022
Must-Watch Video