Skip to main content

Badminton

Terbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing tamatkan penantian gelaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tan-kian-meng-lai-pei-jing-badminton-malaysia_1.jpg
Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, akhirnya menamatkan penantian kejuaraan dalam Jelajah Dunia Persekutan Badminton Dunia (BWF) apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Korea sebentar tadi.

Gandingan di ranking kesepuluh dunia itu hanya memerlukan 50 minit untuk menewaskan pasangan tuan rumah, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won, 21-15, 21-18 dalam aksi final di Stadium Palma, Suncheon.

Sebagai rekod, ini merupakan final kedua Jelajah Dunia BWF buat Kian Meng-Pei Jing selepas bergelar naib juara Terbuka Singapura pada 2019.

Kali terakhir mereka bergelar juara kejohanan kompetitif adalah dalam Masters Malaysia 2017.



 

Advertisement

Must Watch Video