Skip to main content

Badminton

Terbuka Jerman: Kempen pahit Malaysia seawal pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong.jpg
Kempen Malaysia dalam Terbuka Hylo di Jerman berakhir seawal pusingan kedua dengan penuh kepahitan selepas empat wakil termasuk Ng Tze Yong yang keletihan apabila kesemuanya gugur dalam acara Super 300 malam tadi. 

Tze Yong yang merupakan pilihan keempat beraksi dalam kejohanan keempatnya dalam tempoh sebulan dalam misi perebutan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Dengan jadual padat ditambah kelesuan zon masa mula memberi kesan kepada perseorang Malaysia itu yang tersingkir 10-21, 7-21 kepada pemain Republik Czech, Jan Louda.



Beregu lelaki turut menyaksikan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa berkemas pulang awal apabila tewas 12-21, 19-21 menentang wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi.

Lebih membimbangkan ialah penyingkiran ini boleh menyulitkan laluan mereka untuk kelayakan Olimpik.

Dalam usaha untuk ke Olimpik Paris, Ong-Teo perlu mendaki ke kelompok lapan terbaik berbanding kedudukan ke-11 ketika ini. 

Wakil profesional Malaysia itu kelihatan ketika mampu memenangi set kedua tetapi kemerosotan fokus telah menamatkan kempen mereka. 




Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing -- dua beregu campuran yang digugurkan daripada program Road To Gold (RTG) Selasa lalu -- turut tersingkir.

pilihan keempat dalam beregu campuran, Soon Huat-Shevon, tumbang 13-21, 14-21 ketika menentang pencabar Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Kian Meng-Pei Jing kemudian menyusul dengan kekecewaan 16-21, 21-19, 16-21 kecundang di tangan pemain Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video