Skip to main content

Badminton

Terbuka Jerman: Hajat V Shem-Wee Kiong ke final tidak kesampaian

cheh-chang-teruja-ikuti-perkembangan-v-shem-wee-kiong.png
Hasrat beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, untuk mengesahkan kemaraan ke final Kejohanan Badminton Terbuka Jerman tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu Jepun, Takuto Inoue-Yuki Kaneko, dalam aksi tiga set. 

Peluang untuk meraih kejuaraan sulung dalam kalendar 2018 itu terpaksa ditangguhkan seketika buat gandingan V Shem-Wee Kiong apabila hampa tewas dalam separuh akhir, awal pagi tadi.

Mempamerkan aksi meyakinkan dalam set pertama, gandingan Jepun itu lebih ampuh untuk memastikan kelebihan menerusi kemenangan 21-17. 

Namun, V Shem-Wee Kiong tidak gusar, sebaliknya kekal optimis dengan peluang untuk mencipta impak di Jerman menerusi kemenangan dalam set kedua 21-18. 

Bagaimanapun, V Shem-Wee Kiong terpaksa akur peluang ke final musnah apabila dinafikan Inoue-Kaneko 19-21 dalam set penentuan.

Keputusan itu diharapkan mampu menjadi pemangkin untuk gandingan itu memperkemaskan corak permainan menjelang saingan Seluruh England selepas ini. 

Kekalahan V Shem-Wee Kiong itu bagaimanapun ditebus pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang berhempas-pulas mengatasi Choi Sol-gyu-Chae Yoo-jung 23-21, 23-25, 21-13 untuk mara ke final. 
 

Advertisement

Must Watch Video