Perjalanan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terhenti di pusingan separuh akhir Terbuka Jepun 2025 selepas tewas kepada pilihan kedua kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi.
Tempoh 38 minit diperlukan beregu campuran di ranking kedua dunia dari China itu untuk mara ke final dengan kemenangan dalam aksi straight set, 21-12,21-16.
Set pertama menyaksikan wakil negara itu bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik mereka selepas kerap kali menerima serangan untuk melakukan kesilapan mudah sekali gus tewas 12-21 dalam tempoh 14 minit.
Tang Jie-Ee Wei yang turun selaku pilihan keempat memperkemaskan kembali rentak permainan untuk mendahului 2-0 dalam awal set kedua, namun lawan yang lebih dominan mengawal permainan memastikan mereka terpaksa akur tewas 16-21.
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, akan turun selepas ini berdepan gandingan tuan rumah, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.