Abdel Kader muncul wira Melaka menewaskan Penang 2-1 dalam saingan minggu keenam, Liga Super 2026/27 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan meskipun anak buah Wan Rohaimi mendominasi babak pertama selepas melepaskan enam percubaan di gawang skuad Hang Tuah.
Dalam babak kedua pula menyaksikan Penang dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Melaka melakukan pelanggaran terhadap Enzo Celestine selepas pengadil menyemak video bantuan pengadil (VAR), Stefano Brundo menoktahkan peluang itu untuk gol pertama Penang di tempat lawan.
Begitupun, selang 10 minit kemudian Dino Kalesic menyamakan kedudukan selepas rembatannya mudah menewaskan Ramadhan Hamid.
Ketiga kedua-dua pasukan hampir berpuas hati dengan satu mata, Melaka diberikan sepakan penalti selepas kekasaran yang dilakukan pemain Penang dengan Abdul Kader memastikan jaringan kemenangan buat Melaka menewaskan Penang 2-1.