Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, terkandas di peringkat suku akhir apabila tewas kepada wakil dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam aksi rubber set 21-17,14-21,10-21 di Arena Yokohama, sebentar tadi.

Usaha keras Pearly Tan-M.Thinaah dalam set pertama membuah hasil walaupun pasukan lawan memberikan tentangan sengit untuk menang 21-17.





Begitupun, Liu Sheng Shu-Tan Ning, kembali bangkit dengan aksi yang lebih kemas daripada aspek serangan untuk mengheret wakil Malaysia ke set penentuan dengan kemenangan 14-21 dalam tempoh 22 minit.

Beberapa kesilapan mudah yang dilakukan wakil negara dalam set penentuan memacu Liu Sheng Shu-Tan Ning yang merupakan pilihan kedua kejohanan menyekat hajat Pearly Thinaah untuk melangkah ke pusingan separuh akhir apabila tewas 10-21.

Untuk rekod, dalam tiga pertemuan terakhir menyaksikan Pearly Tan-M Thinaah tewas kepada wakil China itu berturut-turut.