Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Man Wei Chong-Tee Kai Wun dibayangi pilihan ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tee.jpg
Perjalanan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, terhenti di suku akhir Terbuka Jepun apabila ditundukkan pasangan lelaki nombor satu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, di Yokohama Arena, sebentar tadi.

Pilihan ketiga kejohanan itu memerlukan 30 minit sahaja untuk menewaskan wakil negara dalam pertembungan straight set 15-21, 9-21 sekali gus terkeluar daripada saingan tersebut.

 
Selepas ini, gandingan Korea Selatan itu akan bertemu lawan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin, dalam aksi separuh akhir yang akan berlangsung esok.

Advertisement

Must Watch Video