BADMINTON
Terbuka Jepun: Dua beregu campuran negara mudah maju ke pusingan kedua
Dua wakil beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menewaskan lawan masing-masing di pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, sebentar tadi.
Perlawanan di gelanggang satu menyaksikan pasangan suami isteri itu menundukkan wakil Thailand dengan kemenangan straight set 21-15, 21-10.
RESULTS: #JapanOpen2025XD | R32#MAS🇲🇾 Goh Soon Huat-Shevon Lai 6️⃣ def. #THA🇹🇭 Ruttanapak Oupthong-Jhenicha SudJaipraparat 21-15 21-10⏱️30m#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/nzVchqpzT4— BAM (@BA_Malaysia) July 16, 2025
Iklan
Selaku pilihan keenam kejohanan, pasangan merpati dua sejoli itu memasang impian untuk mara ke final buat kali pertama dalam siri jelalah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) musim ini, selepas beberapa kali dikecewakan oleh lawan.
Dalam masa sama, beregu di ranking keempat dunia, Tang Jie dan Ee Wei, turut berhasrat merangkul kejuaraan dalam kejohanan bertaraf super 750 itu tatkala memerlukan hanya 29 minit sahaja untuk menumpaskan wakil Kanada.
RESULTS: #JapanOpen2025XD | R32#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 4️⃣ def. #CAN🇨🇦 Kevin Lee-Josephine Wu 21-15 21-19⏱️29m#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/X0ryqUiUaR— BAM (@BA_Malaysia) July 16, 2025
Must-Watch Video



