Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Istora Senayan bergema, DinFei tumbang kepada wakil tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dinfei.jpg
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terpaksa akur tewas kepada wakil tuan rumah, Reza Pahlevi Isfahani-Keryaman Gutama, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025 di di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Tempoh 56 minit diperlukan wakil Indonesia itu untuk menewaskan wakil negara di ranking pertama dunia menerusi aksi rubber set 21-19,9-21,21-19.

Set pertama menyasikan pertrungan sengit antara kedua-dua pasukan, namun Sze Fei-Nur Izzuddin terpaksa akur apabila tewas 19-21 sebelum bangkit 21-9 dalam set kedua untuk mengheret pertarungan ke set penentuan.
 
Lawan di ranking kelapan dunia itu kembali memperkemaskan corak permainan dengan kurang melakukan kesilapan mudah dalam awal permainan, malah rentak itu diteruskan dengan sorakan penyokong tuan rumah dengan mempamerkan aksi lebih bertenanga untuk menang 21-19, meskipun menerima cabaran sengit daripada Sze Fei-Izzuddin.

Mereka akan berdepan wakil negara di ranking ketujuh dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dalam perlawanan separuh akhir esok.

Advertisement

Must Watch Video