Pemain beregu lelaki negara, Mohd Haikal Nazri, berazam membalas dendam ketika berdepan beregu pilihan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, di peringkat awal Terbuka Indonesia, minggu depan.
Ia selepas Hoki-Kobayashi menyekat kemaraan Haikal-Choong Hon Jian dalam pusingan kedua Masters Malaysia tahun ini.
Strategi tiga pukulan pertama merupakan keutamaan yang perlu dijelmakan sebaik mungkin apabila menentang gandingan dari negara Matahari Terbit itu.
Melalui pendekatan Herry Iman Pierngadi, corak permainan kedua-dua gandingan ini serupa, namun aspek pengalaman jelas menjadi pemisah.
"Kedua-duanya bermain secara menyerang, tidak buat pukulan tinggi.
"Mereka bagus (daripada segi) melakukannya terlebih dahulu tiga pukulan pertama itu. Ia membuatkan kami tidak selesa dan terpaksa angkat (pukulan tinggi).
"Jadi kami salah kepantasan dan kualiti setiap pukulan," katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Selain suntikan semangat, Haikal turut berbincang dengan senior seperti Aaron Chia mengenai cara menghapuskan ego gandingan Jepun itu.
"Mungkin dalam Terbuka Indonesia, saya akan berbincang dengannya," katanya.