Skip to main content

Advertisement

Badminton

Terbuka India: Mei Kuan-Meng Yean dinafikan pilihan utama

chow-mei-kuan.jpg
Gandingan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, gagal memenuhi hasrat untuk muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India 2019 selepas terpaksa akur kepada kehebatan lawan dari Indonesia, sebentar tadi. 

Selepas mempamerkan kebangkitan dalam saingan separuh akhir semalam, Mei Kuan-Meng Yean gagal mencipta satu lagi keputusan sensasi menentang pilihan pertama, Greysia Polii-Apriyani Rahayu, apabila tewas 11-21, 23-25.

Mei Kuan-Meng Yean tampak agak gemuruh dalam set pertama apabila kerap melakukan kesilapan untuk ketinggalan 10-15.

Segala pukulan Mei Kuan-Meng Yean tidak menjadi dan ketinggalan jauh 11-19 sebelum wakil Indonesia itu mengutip dua mata akhir bagi kemenangan set pertama.

Permulaan set kedua turut menyaksikan beregu Malaysia itu dipisahkan 6-10 tetapi Mei Kuan-Meng Yean mula mencipta kebangkitan apabila menyamai kedudukan 11-11.

Kedua-dua beregu itu sering mengejar mata dan pada suatu ketika, Mei Kuan-Meng Yean berpeluang untuk memenangi set kedua dengan mendahului 20-19 tetapi gagal mencari mata akhir.

Mereka masih berpeluang untuk mencuri set kedua di kedudukan 21-20 dan 22-21, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Selepas berjuang selama 51 minit, Mei Kuan-Meng Yean akhirnya menyerah kalah dengan keputusan 23-25.

 

Advertisement

Must Watch Video