Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Terbuka Hong Kong: Lee Zii Jia hampir pasti terlepas aksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia_1.jpg
Lee Zii Jia tidak akan bertanding dalam Terbuka Hong Kong yang bermula Isnin depan berikutan masih meneruskan pemulihan daripada jadual padat musim 2024.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu telah mengenepikan Terbuka Korea Selatan sejak tumpas kepada Alex Lanier -- yang bergelar juara -- dalam pusingan pembukaan Terbuka Jepun.

Nama pemain perseorangan itu dalam sebahagian daripada senarai 32 bintang yang akan menyertai acara Super 500 berkenaan.

Dia yang baru diumumkan menduduki ranking keempat dunia telah menyertai 15 kejohanan sepanjang tahun ini termasuk temasya Olimpik.

Dia menakluk dua gelaran menerusi Terbuka Thailand dan Terbuka Australia selain muncul finalis Malaysia Masters sebelum meraih gangsa di Paris.

Kedudukan pemain berusia 24 tahun itu dalam kejohanan Super 1000, Terbuka China, di pertengahan bulan ini. 

Selain itu, penyertaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga kelihatan diragui berikutan kecederaan metatarsal yang dialami Wooi Yik dalam Sukan Olimpik.

 

Advertisement

Must Watch Video