Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, sedia berentap dengan 'sahabatnya', Lee Zii Jia, dalam pusingan pertama Terbuka Hong Kong yang bermula Selasa depan.
Menurutnya, Zii Jia merupakan seorang lawan yang hebat, oleh itu dia perlu berada pada prestasi terbaik sekiranya ingin menumpaskan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu.
Ia juga merupakan peluang terbaik Jun Hao untuk melunaskan misi membalas dendam terhadap tiga rekod kekalahan kepada Zii Jia dalam pertemuan sebelum ini.
Jun Hao sudah meneruskan latihan seperti biasa selepas langkahnya terhenti dalam pusingan kedua Kejohanan Dunia apabila tewas kepada pemain Jepun, Kenta Nishimoto.
"Di atas gelanggang, kami adalah musuh.
"Sejak kembali daripada Kejohanan Dunia, saya kembali berlatih seperti biasa.
"Ia bukan satu cabaran yang mudah dah saya sedia menyahutnya," katanya.