Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mara ke separuh akhir tanpa turun ke gelanggang apabila lawan menarik diri daripada saingan Terbuka Perancis 2023 hari ini.
Wakil tunggal negara itu memperoleh kemenangan percuma ke atas pilihan keempat, Kunlavut Vitidsarn, dari Thailand pada aksi suku akhir di Arena Glaz.
Tze Yong bakal lawan di antara Li Shi Feng dari China atau Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang membuat perhitungan dalam satu lagi aksi suku akhir.
Pemain di ranking ke-18 dunia itu melangkah ke suku akhir selepas mengetepikan wakil tuan rumah, Arnaud Merkle, 21-19, 21-8.