Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Langkah Aaron Chia-Wooi Yik terhenti di suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron.jpg
Langkah beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terhenti selepas tewas kepada wakil dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi,  dalam aksi straight set 20-22, 15-21, saingan suku akhir Terbuka Denmark di Odense, sebentar tadi.

Walaupun ketinggalan dengan jurang lima mata untuk kedudukan 5-10 dalam set pertama, namun beregu negara berjaya mengikat kembali hingga kedudukan terikat 12-12.

Begitupun, momentum itu tidak berjaya diteruskan apabila tewas 20-22 kepada pemain di kedudukan ke-21 dunia itu.


 

Set kedua pula menyaksikan beberapa kesilapan mudah dan 'unforced error' yang dilakukan Aaron Chia-Wooi Yik memberikan kelebihan buat pemain dari China itu mengambil kesempatan bagi mengutip mata demi mata sekali gus manamatkan cabaran wakil negara di saingan Terbuka Denmark untuk tewas 15-21 dalam tempoh 42 minit secara keseluruhan perlawanan.

Seorang lagi wakil negara yang merupakan pilihan kelima kejohanan, Pearly Tan-M. Thinaah, akan turun sebentar lagi berdepan lawan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Advertisement

Must Watch Video