Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Kian Meng-Pei Jing langkah kanan

tan-kian-meng.jpg
Lai Pei Jing dan Tan Kian Meng, langkah kanan dalam aksi pertama selaku beregu campuran profesional negara selepas tujuh bulan tidak menyertai sebarang kejohanan dalam Terbuka Denmark.

Pasangan di ranking ke-12 dunia itu menewaskan gandingan pilihan kelapan saingan, Hafiz Faizal dan Gloria Emanuelle Widjaja dengan keputusan 21-17, 21-14.

Pei Jing mengakui perasaan bercampur baur turun ke gelanggang selain mahu kembali mencari momentum dalam misi memperbaiki ranking jelajah dunia. 

Sementara itu, perjalanan beregu wanita negara, M. Thinaah dan Pearly Tan terhenti di pusingan pertama selepas ditunjuk jalan keluar oleh pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu.

Pasangan negara itu sekali lagi memberi saingan sengit kepada wakil Indonesia selepas menang di set pertama 21-17.

Namun pengalaman Greysia dan Apriyani menjadi kelebihan kepada mereka melakar kemenangan di set kedua dan terakhir dengan keputusan 21-13, 21-14. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video