Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, Zii Jia mara ke suku akhir

lee-zii-jia-bwf-world-championships-badminton-malaysia_1.jpg
Lee Zii Jia melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark tanpa perlu bertemu Viktor Axelsen, yang menarik diri ekoran kecederaan.

Menjelang salah satu perlawanan terbesar dalam acara Super 750 tersebut, pemain tuan rumah itu telah mengalami kecederaan kaki selepas dia menewaskan rakan senegaranya, Magnus Johannesen.

Pemain nombor satu dunia itu mengakui memerlukan 'sesuatu yang luar biasa' untuk bermain menentang Zii Jia berikutan kecederaannya, dan ia disahkan semalam.

“Sudah tentu ia mengecewakan kerana saya rasa saya berada dalam keadaan yang baik dan ingin bermain di laman sendiri di hadapan peminat yang hebat,” kata Axelsen di media sosialnya.

Ini adalah aksi kedua berturut-turut Axelsen menarik diri menentang Zii Jia, kali pertama pada saingan Piala Sudirman Mei lalu apabila dia mengalami kecederaan hamstring.

Zii Jia kini akan menentang sama ada Chou Tien-chen atau Kenta Nishimoto untuk memburu slot ke separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video