Goh Sze Fei berkata ia bukanlah cara kemenangan yang dimahukannya bersama pasangannya, Nur Izzuddin Rumsani, selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou hari ini.

Beregu lelaki negara itu muncul juara selepas mengatasi gandingan pilihan kelima tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, 13-21, 21-12, 21-17.

Selepas mendominasi set pertama, lawan dari China itu berdepan kesukaran untuk meneruskan momentum gara-gara kecederaan belakang yang dialami Xiang Yu.

Bercakap dalam satu temu bual selepas perlawanan itu, Sze Fei berkata: "Ini bukan cara yang kami mahukan untuk menang. Kami mendoakan Ren Xiang Yu agar cepat sembuh.

"Kami hanya fokus kepada diri kami daripada segi mental dan fizikal," katanya.