Kredibiliti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedang melalui fasa yang caca marba. Prestasi merudum kem badminton ketika temasya Olimpik Paris diikuti semua kejohanan selepas itu termasuk di Seluruh England membimbangkan.
Isyarat paling jelas kecelaruan ini ialah apabila pemain-pemain utama mula meninggalkan BAM terbaru desas desus melibatkan pasangan beregu wanita nombor 1 negara, Pearly Tan & M.Thinaah. Samada betul ataupun tidak, masalah utama ini perlu diselesaikan.
Pertukaran potfolio jurulatih baru-baru ini juga dilihat drastik. Biarpun Kenneth Jonassen dibawa masuk memperkuat sektor perseorangan tetapi dia berdepan cabaran sangat besar. itu belum lagi dikira tentang ketidakstabilan hubungan antara persatuan dan juga pemain profesional.
Justeru BAM perlu dipulihkan terlebih dahulu oleh calon atau bakal presiden Persatuan Badminton Malaysia. Jika tiada aral melintang, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal dipilih selaku penggganti Tan Sri Norza Zakaria selaku presiden. Pemilihan akan berlangsung pada pada 10 Mei depan.
Harapan peminat badminton negara kini diletakkan kepada Tengku Zafrul yang telah medapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dia terlibat menguruskan persatuan sukan.
Dengan pengalaman dalam pengurusan eksekutif dalam pentadbiran kerajaan serta dunia kewangan bertaraf global, Tengku Zafrul diperlukan untuk memulihkan BAM serta membawa dimensi baru serta anjakan paradigma dalam sukan badminton negara yang dilihat agak tenat ketika ini.