Skip to main content

Badminton

Tee Kai Wun timba pengalaman berguna serap perang saraf dalam Terbuka Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tee-kai-wun-man-wei-chong.jpg
Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun, tidak terkesan dengan insiden diejek penyokong tempatan ketika beraksi dalam separuh akhir Terbuka Indonesia baru-baru ini.

Pemain nombor tujuh dunia itu diejek penonton di Istora Senayan yang penuh sesak apabila mereka menentang pemain pilihan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi di Jakarta. 

"Mereka sengaja mahu kacau mental kami, ia satu pengajaran yang baik untuk kami juga," katanya. 

Dalam masa sama, pemain itu kini gigih mempersiapkan diri di samping Man Wei Chong bagi menampilkan aksi terbaik serta berada dalam kelompok lima terbaik dunia, sekaligus menambah persaingan terhadap Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bagi memburu dua slot ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Kali pertama menerima bantuan Road to Gold (RTG) menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijadikan batu loncatan untuk dirinya membuktikan bahawa penyertaannya adalah berbaloi dan tepat.

"Semua beregu lelaki termasuk Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidin juga ingin bersaing ke LA 2028.

"Belum tahu apa yang akan jadi sampai habis kelayakan.

"Kami cuma fokus kepada persiapan menghadapi kejohanan terdekat dan buat yang lebih baik terlebih dahulu," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video