BADMINTON
Tahniah, syabas Goh Sze Fei-Nur Izzuddin atas kemenangan bergaya -- TPM
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menerima ucapan tahniah daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menjuarai kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000, Terbuka China, semalam.
Dia menewaskan lawan dari China dalam aksi rubber set 13-21, 21-12, 21-17 selepas bertarung selama 58 minit di Changzhou, China sekali gus menamatkan kemarau 35 tahun dengan kali terakhir dimenangi Razif dan Jalani Sidek pada 1989.
Selaku juara, Sze Fei dan Nur Izzuddin membawa pulang wang hadiah kemenangan berjumlah US$148,000 (RM622,000).
Iklan
RESULTS: #ChinaOpen2024FINAL#MAS?? Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani(7) def. #CHN?? He Ji Ting-Ren Xiang Ru(5) 13-21 21-12 21-17FeiDin battled past their home-court opponents to secure their second title of the year! Congrats, bros! ???⏱️ 58m? @badmintonphoto… pic.twitter.com/uLXWI1UQs7— BAM (@BA_Malaysia) September 22, 2024
"Tahniah dan syabas buat pasangan regu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin atas kemenangan bergaya selepas membenamkan lawan mereka, pasangan regu dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu sebentar tadi.
"Kemenangan ini seharusnya diraikan oleh semua peminat sukan badminton negara yang saya percaya bukan mudah untuk digapai apabila berdepan dengan lawan yang merupakan pilihan kelima buat China.
"Kemenangan ini merupakan pencapaian sulung Goh Sze Fei-Nur Izzuddin membawa pulang gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000.
"Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasangan regu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai atas persembahan yang hebat walaupun tewas di tangan pasukan China dengan mata 16-21: 21-14: 21-17.
"Kemenangan sudah terlalu hampir namun mungkin kali ini, nasib tidak berpihak kepada kita. Semoga perlawanan ini menjadi penguat semangat untuk kalian terus berjuang. Tahniah Malaysia!" katanya menerusi perkongsian di laman Facebook.
Must-Watch Video