Perseorangan profesional negara, Zulfadli Zulkiffli, berasakan keputusannya untuk beraksi dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland sebagai tepat meskipun berat menolak panggilan memperkuatkan skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Zulfadli -- bekas juara remaja dunia -- sudah menempuhi pelbagai episod turun naik dan atas dasar itu, dia berasakan kelayakan secara merit ke Kejohanan Dunia tidak wajar dipersiakan.
Malah, penjadualan beraksi dalam Kejohanan Dunia berupaya memberi ruang buat Zulfadli mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Taiwan dalam bulan yang sama.
"Walaupun saya tahu jadual Kejohanan Dunia akan bertembung dengan Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan, namun dari awal lagi saya sudah membuat persediaan untuk menghadapi Kejohanan Dunia.
"Ini kerana saya tahu pemain profesional berdepan kesukaran untuk mewakili negara dalam acara berpasukan meskipun kami layak secara merit, ranking dan berdasarkan keputusan.
"Dari awal lagi, sebaik ranking Sukan Olimpik Rio 2016 berakhir, saya sudah mula menyasarkan Kejohanan Dunia," katanya.
Penampilan di Glasgow nanti akan menjadi yang kedua buat Zulfadli di pentas tertinggi badminton dunia itu selepas kali pertama di Jakarta, Indonesia, pada 2015.
Aksi di Jakarta menyaksikan Zulfadli mencipta kejutan layak ke pusingan ketiga sebelum tewas di tangan jaguh Hong Kong, Wei Nan.
"Kita masih mempunyai Iskandar (Zulkarnain Zainuddin) dalam Sukan SEA dan saya percaya, dia mampu menggalas cabaran. Dia mampu mempamerkan aksi terbaik dan permainan yang lebih baik."
Bagaimanapun, Zulfadli tahu Glasgow bakal menawarkan saingan lebih sukar dengan China memiliki empat wakil, termasuk juara bertahan, Chen Long.
"Saya sedar Kejohanan Dunia dibarisi nama-nama besar, termasuk Datuk Lee Chong Wei.
"Justeru, saya perlu membuat langkah yang betul dari segi persiapan," katanya lagi.