Skip to main content

Badminton

Sukan SEA Thailand: Razif Sidek puji semangat kesukanan BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

justin-hoh.jpg
Pemenang pingat gangsa Sukan Oimpik Barcelona 1992, Datuk Razif Sidek, bersetuju dengan barisan pemain yang akan menyertai Sukan SEA Thailand pada Disember depan.

Jelasnya, ia merupakan pendekatan yang wajar diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memastikan impian negara mendapatkan pingat emas berada di tahap tertinggi.

Pemilihan itu tepat bagi mengiktiraf prestij Sukan SEA yang kian suram apabila ia hanya dianggap sebagai medan pemanas badan untuk atlet pelapis.




Hanya pemain terbaik perlu diberikan mandat menyertai kejohanan ini tanpa mengambil kira sentimen rata-rata netizen yang menganggap pemberian lebih peluang kepada pemain muda untuk menyerlahkan kemampuan mereka. 

"Kehadiran pemain terbaik akan memyemarakkan lagi semangat kesukanan Sukan SEA. 

"Saya percaya kita akan mendapat lebih pingat, itu yang kita sandarkan, katanya dalam Nadi Weekend. 



 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video