Skip to main content

Badminton

Sukan SEA: Penyertaan Chong Wei masih samar

chingwei.jpg
Selepas kempunan emas Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, berkemungkinan menutup kariernya tanpa meraih emas Sukan SEA 2019 selepas penyertaannya masih samar.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membincangkan perancangan awal mengenai kempen Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.

Kesemua nama besar, termasuk barisan pemain profesional, berada dalam senarai awal, namun tiada perkembangan mengenai Chong Wei.

Chong Wei tidak pernah memenangi emas di pentas Sukan SEA dengan pencapaian terbaiknya hanyalah gangsa ketika edisi 2005 di Filipina.

"Kami telah membincangkan mengenai Chong Wei sejak beberapa bulan lalu. Hari ini, kami hanya memantau status ketersediaannya untuk kembali beraksi," kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann.

Atas faktor kesihatan, Chong Wei masih lagi berehat walaupun sudah terlepas aksi Seluruh England, Terbuka Malaysia, Piala Sudirman serta tiada penyertaannya dalam Kejohanan Dunia di Basel, Switzerland, Ogos ini.

"Barisan kejurulatihan telah diberikan untuk membantu Chong Wei tetapi kami hanya menantikan keputusan daripada status perubatannya."

Advertisement

Must Watch Video