Skip to main content

Badminton

Sukan Olimpik Paris bukan lagi pentas pendedahan, kata jurulatih beregu campuran

chen-tang-jie.jpg
Jika ramai menganggap penampilan pertama di pentas Sukan Olimpik sebagai pendedahan tetapi tidak buat jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto.

Malah, pengendali itu tidak teragak-agak meletakkan sasaran podium buat Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Paris, Julai depan.

Tugasan berat disandarkan awal oleh Nova agar Tang Jie-Ee Wei sedar kelibat di paris bukanlah 'makan angin' berstatus antarabangsa.

Nova berselera besar sambil menggesa agar mereka sedar dari awal lagi bahawa kemunculan mereka di kota romantis itu adalah merebut podium.

Mungkin ada yang melihat hasrat ini sebagai membebankan beregu negara ini tetapi Nova menganggap tiada yang mustahil buat gandingan di tangga kesembilan dunia ini melakar kualiti yang mampu menghadirkan pingat buat negara.

"Memang bagus layak ke Sukan Olimpik tapi saya tidak rela sekadar layak sahaja, saya mahu pencapaian yang lebih besar.





"Apa jua boleh berlaku dalam Sukan Olimpik asalkan ada persiapan yang bagus untuk menghadapi Sukan Olimpik," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.

Menjelang Kejohanan Badminton Asia di China, situasi tampak agak sukar untuk Tang Jie-Ee Wei merujuk kepada keputusan undian perlawanan yang berliku.

"Mereka akan diundi berdepan gandingan handalan jadi kita tengoklah sejauh mana kemaraan mereka," katanya.

Advertisement

Must Watch Video