Pengunduran pemain senior berupaya mengusutkan perancangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam menuju Sukan Olimpik Tokyo 2020 tatkala bakat muda dijulang sebagai penyelesaian jangka masa panjang.
Pendapat itu diluahkan oleh bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj.
Bagi saingan beregu, untuk sebuah negara memenuhi kuota dua wakil dalam Sukan Olimpik Tokyo, kedua-duanya perlu berada dalam kelompok ranking lapan terbaik dunia yang akan tamat tempoh kelayakan pada 26 April 2020.
Ketika ini, mereka yang bergelar profesional, iaitu beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, berada di ranking keenam dunia -- lima anak tangga di atas beregu campuran terbaik naungan BAM, Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Sementara itu, beregu lelaki, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, berada dalam kedudukan baik untuk ke Jepun memandangkan kini berada di ranking ke-14 dunia daripada kuota 16 yang diperuntukkan bagi setiap saingan beregu.
Situasi itu menyukarkan beregu meningkat naik seperti Aaron Chia-Soh Woi Yik yang berada di ranking ke-22 dunia.
"BAM perlu mengadakan bedah siasat. Selepas pemergian dua beregu senior, kini yang tinggal hanyalah beregu muda.
"Sama ada mereka mampu layak ke Sukan Olimpik, itu persoalan yang berbeza. Apatah lagi mereka diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
"Jadi, perkembangan ini mencetuskan kebimbangan. Ini sesuatu yang BAM perlu ambil kira," katanya.
Dalam masa sama, Selvaraj berpandangan Datuk Lee Chong Wei berupaya memainkan peranan sebagai penyelamat badminton Malaysia andai dia kembali ke gelanggang kompetitif tanpa komplikasi.
"Chong Wei telah melalui masalah kesihatan yang serius.
"Peluang untuk kembali beraksi sentiasa berlegar dalam fikirannya. Saya mengharapkannya dapat kembali menjalani latihan dan tidak ditimpa sebarang masalah lain sepanjang tempoh itu.
"Sekiranya dia pulih, saya menjangkakan dia akan kembali beraksi pada April atau Mei nanti.
"Ia satu petanda yang baik bukan sahaja buat peminat Malaysia, malah di seluruh dunia," tambahnya.
Esok bakal menyaksikan Chong Wei kembali berlatih susulan rawatan kanser hidung sambil Majlis Sukan Negara (MSN) akan bermesyuarat dengan BAM untuk menyelaraskan perjalanan skuad negara ke temasya Tokyo 2020.