Skip to main content

Badminton

Sukan Komanwel Birminghim: Ng Tze Yong yakin mampu beri aksi cemerlang

tze-yong_1.jpg
Perseorangan lelaki badminton negara, Ng Tze Yong, berkeyakinan tinggi untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam Sukan komanwel Birmingham bermula Khamis depan.

Selepas menyertai tiga kejohanan utama musim ini dan layak ke suku akhir Terbuka Singapura -- di mana dia turut menewaskan pemain utama Hong Kong, Angus Ng Ka Long -- Tze Yong mahu memberikan yang terbaik dan mara sejauh mungkin menerusi penampilan pertamanya dalam temasaya itu.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata kepada Nadi Arena: "Selepas beberapa kejohanan musim ini, prestasi saya boleh dikatakan sudah bersedia untuk ke sana.

"Latihan di gimnasium saya juga dapat dikekalkan dengan baik.

"Bagi acara perseorangan lelaki, saingannya boleh dikatakan agak kuat kerana banyak pemain utama, jadi saya akan cuba memberikan yang terbaik.

"Saya pernah bertemu (peseorangan lelaki India, Kidambi) Srikanth sebanyak dua kali, (Lakshya) Sen sebanyak sekali tetapi pemain lain saya masih belum pernah jumpa.

"Saya berjanji akan bertarung sehabis mungkin dalam kesemua perlawanan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video