BADMINTON
Sukan Komanwel Birmingham: Skuad badminton negara sah ke suku akhir
Skuad badminton negara sah ke suku akhir acara berpasukan campuran Sukan Komanwel 2022 selepas menewaskan Jamaica 5-0 di Dewan NEC awal pagi tadi.
Memulakan petanda baik buat Malaysia adalah pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, yang tidak berdepan masalah untuk menewaskan Joel Angus-Katherine Wynter 21-5, 21-12.
Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, kemudian meneruskan rentak kemenangan skuad negara dengan kemenangan 21-12, 21-16 ke atas Samuel Ricketts untuk memberikan mata kedua Malaysia.
Iklan
Goh Jin Wei mengesahkan mata kemenangan Malaysia dalam acara perseorangan wanita apabila turut tidak berdepan masalah untuk mengatasi Tahlia Richardson 21-2, 21-5, sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir.
Melengkapkan kemenangan 5-0 skuad negara adalah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.
Seterusnya, skuad badminton negara akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan berdepan Afrika Selatan malam ini.
Must-Watch Video