Pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying, akan menjalani ujian 'Magnetic Resonance Imaging' (MRI) di Institut Sukan Negara (ISN) yang akan menentukan peluangnya beraksi dalam Sukan Asia Indonesia 2018 selepas mengalami kecederaan tumit -- tendon achilles -- di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia, Jumaat lalu.
Liu Ying akan menjalani ujian MRI hari ini, sehari selepas pulang dari Nanjing, China.
Keadaannya tampak baik, sekali gus petanda positif untuk membuat membuat penampilan kedua dalam Sukan Asia selepas edisi 2010 di Guangzhou, China.
Namun, segala-galanya bergantung kepada keputusan MRI itu.
"Saya akan berjumpa doktor hari ini.
"Saya harap tiada apa-apa (kecederaan serius), hanya melibatkan kecederaan kecil sahaja.
"Ketika ditimpa kecederaan itu, nak berjalan pun terasa sakit tetapi sekarang tidak lagi," katanya.
Liu Ying pernah mengalami kecederaan lebih serius.
Pemain kelahiran Melaka itu pernah menjalani pembedahan lutut pada 2014 selain mendapatkan rawatan di Jerman ekoran kecederaan bahu, tahun lalu.