Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meninggalkan Sukan Asia Hangzhou dengan perasaan ralat berikutan tanpa pulangan pingat.
Kempen beregu campuran kebangsaan itu berakhir apabila dikecewakan wakil tuan rumah merangkap juara dunia, Zheng Siwei-Huang Yaqiong, di Gimnasium Binjiang hari ini dalam aksi tiga set 21-14, 17-21, 21-23 yang mendebarkan.
Justeru, pasangan di ranking kesembilan dunia itu terkilan kerana terlepas peluang untuk mara lebih jauh bagi merancakkan pungutan pingat negara.
"Banyak lagi yang kami perlu pelajari lagi terutama dalam mata-mata penting.
"Memang sedih sebab walaupun reputasi dimiliki lawan yang mengecapi status nombor satu dunia, tetapi saya beranggapan kami mampu menyaingi mereka.
"Permainan kami lebih baik dalam perlawanan terdahulu tapi keputusan tetap tidak memihak kami walaupun sudah pun berjuang tinggi, ini sebahagian daripada lumrah dalam sukan.
"Sayang sekali tidak dapat membantu Malaysia memenangi medal dan kami harus menunggu empat tahun lagi," kata Tang Jie.