Pencapaian beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam Kejohanan Badminton Seluruh England mencerahkan peluang mereka untuk memperbaiki kedudukan dalam Sistem Tier, Majlis Sukan Negara (MSN) menjelang penilaian semula Jun depan.
Pasangan negara itu kini berada dalam Tier Empat.
Gelaran naib juara Seluruh England pasti akan mencerahkan peluang Aaron-Wooi Yik untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam Sistem Tier.
Ketika ini, majoriti pemain badminton negara berada dalam Tier Dua dan dilihat sebagai prospek meraih pingat dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan Asia Hangzhou 2022.
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, pula diletakkan dalam Tier Satu.
MSN akan mengadakan proses penilaian semula, Jun depan dan Aaron-Wooi Yik berpeluang cerah untuk mengubah kedudukan mereka jika mengekalkan aksi konsisten dalam setiap kejohanan.
"Sistem Tier merupakan program yang sentiasa akan berubah.
"Ia bergantung kepada prestasi semasa setiap atlet.
"Kami akan membentangkan kepada pihak menteri dan lembaga bagi menghasilkan keputusan melalui proses penapisan dan perbincangan.
"Ia akan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Setakat ini, seramai 501 atlet sudah menandatangani kontrak Sistem Tier MSN.
Sistem itu menawarkan pelbagai kemudahan seperti aspek sains sukan dengan sasaran utama bagi memburu pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.