Skip to main content

Advertisement

Badminton

Sirkit Remaja Kebangsaan Divisyen Tiga: Adik beradik tempah tiket final

goo-vie-keat.jpg
Tuah adik-beradik yang mewakili Kelantan dalam Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Divisyen Tiga apabila masing-masing mara ke final bagi acara perseorangan lelaki dan perempuan bawah 16 tahun di Putrajaya, sebentar tadi. 

Goo Vie Keat mengiringi kakaknya, Goo Vie Nie, tampil cemerlang dalam aksi separuh akhir hari ini tetapi terlebih dahulu dipaksa bekerja keras untuk menewaskan rakan sepasukan, Hafizullah Mohd Shukran, sehingga set penentuan 24-26, 21-11, 21-14.

Menariknya, dia akan menentang sepupunya, Kang Wei Shern, yang mengetepikan pilihan ketiga, Azim Izzudin Rosli 21-19, 21-19.

"Kesilapan saya dalam set pertama ialah terlalu banyak bertahan.

"Kemudian saya mula memungut mata apabila semakin kerap melancarkan serangan," ujar Vie Keat. 

Vie Nie tidak kurang hebatnya dalam acara perseorangan perempuan apabila mempamerkan kejutan membenam pilihan utama dari Pahang, Tan Jet See, dengan kemenangan straight set 21-16, 24-22. 

Dia akan berentap dengan seorang lagi wakil dari Pahang, Evelynn Ng Yan Ni, dalam perlawanan akhir esok. 

"Situasi menggelabah menakutkan saya. 

"Selepas keadaan saya lebih tenang, saya mula fokus kepada pertarungan dan tidak lagi mempedulikan sorakan penyokong," ujar Vie Nie. 



 

Advertisement

Must Watch Video