Pemain badminton B-16, adik beradik Goo Vie Keat dan Goo Vie Nie, bertekad untuk menjulang kejuaraan dalam pusingan pertama Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Divisyen Tiga di Putrajaya, selepas kedua-duanya mara ke final kategori masing-masing, hari ini.
Ia merupakan kali pertama dua beradik dari Kelantan itu melangkah ke final dalam kejohanan sama.
Dengan hanya tinggal selangkah untuk bergelar juara, Vie Keat selaku pilihan utama kategori perseorangan lelaki menganggap lawan dalam final yang juga sepupunya, Kang Wei Shern, pasti akan mendatangkan cabaran sukar kerana mereka sudah mampu menilai corak permainan masing-masing.
"Dalam gelanggang, saya akan menganggapnya sebagai musuh.
"Saya hanya perlu bermain dengan sebaik-baiknya.
"Di luar gelanggang, dia tetap sepupu dan kawan baik saya.
"Saya berharap untuk dapat memberikan aksi terbaik dalam final esok," katanya
Situasi berbeza dilalui Vie Nie yang harus berdepan pilihan kedua kejohanan, Evelyn Ng.
Bagaimanapun, kejutan yang dilakukannya ketika menyingkirkan pilihan utama kejohanan, Tan Jet Sin, hari ini membuktikan tiada yang mustahil untuk dia bergelar juara kategori perseorangan perempuan.
"Saya boleh melakukannya.
"Dia mempunyai ketinggian, jadi saya perlu bermain dengan cara yang sesuai untuk menewaskannya.
"Pemain dengan kelebihan ketinggian memiliki kemudahan untuk mengambil pukulan serta mempunyai langkah yang besar.
"Saya akan memanfaatkan ruang tengah dan depan," katanya.