Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Prestasi badan induk itu.
Pelantikan itu diumumkan Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM di Bandar Sunway hari ini.
Tengku Zafrul, dalam sidang media berkenaan, berkata: "Kami sudah memuktamadkannya sebentar tadi, ada empat Ahli Majlis BAM yang baru.
"Selain daripada Datu Seri Lee Chong Wei, kita juga ada Tan Sri Gooi Hoe Soon, Datuk Seri Shazalli Ramly dan Datuk Sunil Abraham.
"Mereka memiliki kepakaran masing-masing dan di peringkat Majlis BAM tadi, kami juga telah bersetuju dengan pelantikan hampir semua pengeursi jawatankuasa dan empat individu ini akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.
"Datuk Seri Lee Chong Wei, misalnya, akan mempengerusikan Jawatankuasa Prestasi."