Peluang Malaysia mara jauh dalam saingan Kejohanan Badminton Seluruh England kali ini mungkin terpaksa disandarkan kepada skuad beregu campuran apabila Malaysia mempunyai empat wakil berbanding acara lain.
Selain sandaran utama, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, yang juga merupakan pilihan kelima kejohanan, tiga lagi taruhan negara adalah beregu campuran di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), iaitu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta Peck Yen Wei dan Cheng Tan Jie yang akan membuat penampilan pertama.
Justeru, situasi itu menjadi prospek lebih baik untuk menyaksikan wakil Malaysia mara lebih jauh dalam kejohanan badminton tertua di dunia itu kali ini.
"Peluang ada buat setiap pemain untuk melangkah jauh. Kami perlu menggunakan peluang dengan sebaik mungkin," kata Peng Soon.
Dalam masa sama, Peng Soon dan Liu Ying turut mendapat perkhabaran gembira apabila jurulatih mereka, Choo Chew Eng, kembali memberi tunjuk ajar dari tepi gelanggang menjelang hari saingan setelah tidak dapat turut serta dalam Terbuka Jerman.
"Kami memiliki keyakinan yang lebih tinggi selepas hadirnya jurulatih bersama kami bagi saingan kali ini," kata Peng Soon.
Tambah Chew Eng: "Saya berperanan untuk memberikan sokongan kepada mereka. Tugas saya adalah memastikan pemain kekal fokus dalam permainan."