Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, hampir menempah tempat ke final Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham, sebelum kerja kerasnya sehingga penghujung set ketiga diakhiri dengan kecewa apabila tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Victor Axelsen sebentar tadi.
Wakil tunggal negara dalam pusingan separuh akhir itu membuat perhitungan ketiganya dengan Axelsen berbekalkan rekod seimbang 1-1.
Kawalan gelanggang kemas dan pertahanan yang mantap pemain kelahiran Alor Setar itu membuatkan Axelsen buntu untuk menewaskannya dalam set pertama.
Bagaimanapun, pilihan kedua kejohanan dari Denmark itu memperkemaskan permainannya dalam set kedua sambil Zii Jia kerap kehilangan mata gara-gara kesilapannya sendiri.
Permainan dalam set ketiga menyaksikan kedua-dua pemain kerap terikat mata yang sama, termasuk sewaktu di kedudukan 18-18 pada penghujung saingan.
Namun, perseorangan negara itu gagal mengekang dua mata terakhir Axelsen untuk akur tewas 19-21 dalam set penentuan.
Sekalipun hasratnya untuk ke final tidak kesampaian, ia merupakan pencapaian yang cukup luar biasa buat Zii Jia, yang melangkah ke separuh akhir menerusi penampilan pertamanya dalam kejohanan berkenaan.
Jika sebelum ini Malaysia gusar kerana tidak memiliki penerus legasi Datuk Lee Chong Wei, kehadiran Zii Jia memadam kebimbangan itu menerusi pencapaian memberangsangkannya sejak memenangi pingat emas Sukan SEA di Manila tahun lalu.
Berdasarkan prestasi terkini pemain berusia 22 tahun itu, bekas pengarah prestasi tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, berkata: "Daripada perbualan saya dengannya sebelum ini, dia amat berkobar-kobar untuk menjadi juara.
"Dan saya sentiasa berfikir bahawa kita tidak sepatutnya membandingkannya dengan Lee Chong Wei.
"Chong Wei berada di kelas tersendiri, dia telah melakukan apa yang perlu dilakukannya untuk negara dan dia menjadi juara.
"Apabila ada orang bertanyakan kepada saya adakah Zii Jia akan menjadi penggati Lee Chong Wei, saya bertanya kepada mereka, 'mengapa anda perlu membandingkannya dengan Lee Chong Wei?'
"Zii Jia adalah Zii Jia.
"Dia mempunyai haknya sendiri, dia memiliki cara permainannya sendiri.
"Kita perlu bertenang dan yakin bahawa dia akan menjadi seorang juara," katanya.
Dalam pada itu Zii Jia ketika dihubungi Nadi Arena berkata: "Ia memang perlawanan yang sengit. Saya rasa kedua-dua pemain sudah beraksi dengan amat baik.
"Saya sudah mencuba yang terbaik tetapi ia tidak cukup bagus.
"Saya banyak belajar daripada lawan saya, Axelsen.
"Saya tidak ada sebarang sesalan kerana Axelsen beraksi pada tahap terbaiknya.
"Memang ada banyak kelemahan, jadi saya akan berlatih lebih lagi selepas pulang nanti.
"Harap-harap saya akan beraksi lebih baik dalam kejohanan yang akan datang," katanya.