Skip to main content

Advertisement

Badminton

Seluruh England: Tontowi akui terkesan hilang Liliyana

tontowi.jpg
Pemain badminton beregu campuran Indonesia, Tontowi Ahmad, mengakui masih terasa dengan ketiadaan bekas pasangannya, Liliyana Natsir, biarpun dia kini bergandingan dengan pasangan lebih muda, Winny Oktavina Kandow, untuk mencabar Kejohanan Badminton Seluruh England.

Tontowi mula digandingkan dengan pemain berusia 20 tahun, Winny, sejak bulan lalu.

Ia berikutan Liliyana mengumumkan persaraannya selepas 18 tahun mencurah bakti kepada skuad kebangsaan Indonesia, termasuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016.

Tontowi mengakui berasa kekok tanpa Liliyana, namun menyedari dia mempunyai amanah untuk membentuk Winny mencapai prestasi yang sama seperti bekas pasangannya itu.

"Mahu atau tidak, saya perlu melupakannya.

"Kerinduan itu masih ada, namun ia tidak melibatkan aksi di atas gelanggang," katanya.

Tontowi-Winny melepasi pusingan kedua dengan menewaskan wakil Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, malam tadi.

"Kami masih memerlukan keserasian.

"Saya tidak mengharapkan prestasi yang terlalu bagus memandangkan Winny memerlukan pengalaman.

"Apa yang paling penting, kami memanfaatkan setiap kejohanan untuk meraih pengalaman," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video