Gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie, sedia mencipta kejutan untuk mara ke perlawanan akhir biarpun halangan menanti selepas ini adalahpenyandang juara, Yuta Watanabe dan Arisa Higashin, dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2019.
Ini merupakan penampilan kedua mereka dalam Seluruh England.
Daripada tersingkir seawal pusingan pertama ketika edisi 2018, kini mereka berentap sebagai empat pasangan terbaik untuk merebut slot ke final.
Daripada tidak diletakkan sebarang harapan, mereka bakal bertarung dengan wakil Jepun, Higashino-Watanabe yang merupakan penyandang juara.
"Ini merupakan motivasi buat kami untuk melangkah ke separuh akhir. Ia akan membantu kami mempamerkan aksi yang lebih berkualiti," kata Shevon.
Menariknya, mereka tidak pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini.
Dalam masa sama, Soon Huat dan Shevon sedia mengetepikan kecederaan dialami sebelum ini untuk cuba menempa satu lagi kejayaan untuk mara ke perlawanan akhir.
Soon Huat mengalami kekejangan di bahagian tangan kanan sementara Shevon mengalami kecederaan di pergelangan kaki kiri.
"Saya memiliki kecederaan ringan daripada perlawanan sebelum ini tetapi ia tidak akan membelenggu persembahan saya. Kami sangat teruja untuk perlawanan separuh akhir saingan kali ini," kata Soon Huat.