BADMINTON
Seluruh England: Soon Huat-Shevon Lai gagal ke final
Perjalanan pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, dalam Kejohanan Seluruh England 2019 terhenti di peringkat separuh akhir selepas ditunjukkan jalan keluar oleh penyandang juara, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam aksi straight set.
Soon Huat dan Shevon Lai berazam untuk cuba mara ke final dalam penampilan kedua mereka dalam saingan ini.
Namun ia bukan tugas mudah, apatah lagi lawan, Watanabe-Higashino, merupakan gandingan nombor tiga dunia.
Iklan
Set pertama menyaksikan Soon Huat dan Shevon cuba memberikan tentangan, namun ia tidak cukup untuk menyaingi lawan apabila tewas 16-21.
Jurulatih, Chin Ee Hui, cuba membantu merangka strategi menjelang set kedua, namun Soon Huat dan Shevon tetap buntu untuk melakar kemenangan apabila tunduk 13-21.
"Mereka mengetahui taktikal kami dan prestasi kami tidak berada pada tahap terbaik dalam perlawanan ini," kata Shevon.
"Kami berharap untuk mara ke final tetapi gagal melakukannya," kata Soon Huat.
Must-Watch Video