Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, melangkah penuh bergaya ke separuh akhir selepas mengejutkan pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dongping, dalam Kejohanan Badminton Seluruh England 2019 hari ini.
Walaupun lawan mereka berada di ranking kedua dunia, pasangan negara itu dilihat tidak tertekan, sebaliknya mempamerkan semangat juang tinggi meskipun Soon Huat berdepan kesakitan di bahu kanan ketika dalam set penentuan.
Dalam aksi suku akhir yang berlangsung lebih sejam di Arena Birmingham, gandingan negara yang berada di ranking ke-14 dunia itu tewas set pertama 13-21, namun bangkit menguasai set kedua dengan kemenangan 22-20.
Ketika kedudukan pasangan Malaysia mendahului 7-6 dalam set penentuan, rentak permainan Soon Huat sedikit perlahan apabila dia mengalami kesakitan di bahu kanan, namun mampu bertahan sehingga menamatkan permainan dengan kemenangan 21-18.
“Kecederaan dialami Soon Huat tidak serius. Secara keseluruhan kami beraksi dengan baik hari ini, memberikan tentangan sengit dan menampilkan aksi terbaik,” kata Shevon ketika dihubungi.
Pasangan negara itu bakal berdepan juara bertahan dari Jepun yang menduduki ranking ketiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam perlawanan separuh akhir esok.
Shevon berkata ini merupakan pertemuan pertama mereka dan pastinya pasangan negara akan melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi satu lagi lawan sukar untuk mara ke final kejohanan badminton berprestij itu.
“Ini bakal menjadi pertemuan pertama kami. Sangat teruja dan kami perlu melakukan persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan esok,” ujarnya.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Watanabe dan Higashino mengetepikan gandingan baru Indonesia, Tontowi Ahmad-Winny Oktavina Kandow.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 46 minit, gandingan Jepun itu terpaksa berhempas-pulas sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 24-22, 21-19.