Skip to main content

Advertisement

Badminton

Seluruh England: Rekod baik jadi bekalan V Shem-Wee Kiong

goh-v-shem-tan-wee-kiong.jpg
Pasangan beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, mengharapkan ihsan bekas senior mereka, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, untuk membalas kekalahan kepada beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England 2019, malam tadi. 

Hasrat Ee Yi-Yew Sin untuk mara sekurang-kurangnya ke pusingan kedua seperti edisi lalu tidak kesampaian.

Ee Yi-Yew Sin sedar jurang yang jauh menyebabkan mereka gagal untuk mengatasi Endo-Watanabe yang juga merupakan pilihan keempat edisi kali ini.

Justeru, Ee Yi-Yew Sin mengharapkan sentuhan bekas senior, V Shem-Wee Kiong, untuk membalas kekalahan mereka memandangkan pasangan itu pernah menang dua kali ke atas Endo-Watanabe -- dalam Terbuka Jerman tahun lalu dan terbaru, Kejohanan Masters Malaysia, awal Januari lalu.

"Semuanya bergantung kepada prestasi V Shem-Wee Kiong pada hari pertandingan. Mereka tidak pernah kalah kepada Endo-Watanabe.

"Mereka memiliki peluang yang baik ," kata Yew Sin. 

V Shem-Wee Kiong sendiri kelihatan bersemangat selepas melepasi pusingan pertama dengan mengatasi pasangan Indonesia, Barry Angriawan-Hadrianto Hadrianto.

Begitupun, V Shem- Wee Kiong tetap berwaspada dengan kebangkitan yang dipamerkan Endo-Watanabe di sebalik rekod lalu memihak kepada mereka.

"Semua pemain mahu menang. 

"Apapun, kesemua lawan yang bakal kami hadapi di tahap yang hampir sama," kata V Shem.
 

Advertisement

Must Watch Video