Pemain badminton beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon, sedia memainkan peranan sebagai taruhan terbaik negara bersama pasangannya, Goh Liu Ying, dalam Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham bermula esok walaupun memaparkan prestasi buruk dalam Terbuka Jerman minggu lalu.
Peng Soon-Liu Ying ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama dalam kejohanan di Jerman itu.
Malaysia menghantar wakil paling ramai dalam acara beregu campuran ke Birmingham, termasuk tiga pasangan di bawah naungan Persatuan Badminton Balaysia (BAM).
Pasangan tersebut adalah Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei.
"Prestasi di Jerman amat teruk dan saya berharap dapat kembali beraksi baik dalam Kejohanan Seluruh England.
"Kami akan mencuba yang terbaik selepas berlatih selama seminggu di Jerman.
"Segala-galanya amat baik buat masa ini," katanya.
Peng Soon menegaskan kehadiran jurulatih, Chew Choon Eng, akan menjadi bantuan berharga buat mereka mengharungi kejohanan itu.
Dalam edisi 2017, Peng Soon-Liu Ying hampir mencipta sejarah sebelum kecundang dalam aksi final di tangan wakil China, Lu Kai-Huang Yaqiong.
"Choon Eng akan mula menjadi jurulatih kami dalam kejohanan ini.
"Ia merupakan bantuan yang besar memandangkan saya dan Liu Ying benar-benar memerlukan bantuan jurulatih dalam perlawanan antarabangsa.
"Jurulatih dapat melihat dengan lebih jelas setiap kesalahan yang kami lakukan dalam perlawanan.
"Kehadirannya amat penting buat kami," tambahnya.