Skip to main content

Advertisement

Badminton

Seluruh England: Kesilapan atas gelanggang hukum Peng Soon-Liu Ying

pengsoonliuying.jpg
Pasangan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terpaksa berputih mata gara gara kesilapan sendiri menyebabkan mereka terlepas peluang untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2019 selepas tumpas kepada wakil Indonesia, sebentar tadi. 

Kali terakhir Peng Soon-Liu Ying menang ke atas Tontowi Ahmad ialah ketika dia bergandingan dengan Liliyana Natsir dalam Terbuka China 2012.

Meskipun Tontowi kini bergandingan dengan pasangan baru, Winny Oktavina Kandow, Peng Soon-Liu Ying kelihatan masih bergelut untuk mengatasi beregu Indonesia itu.

Set pertama menyaksikan mereka tumpas 15-21.

Peng Soon-Liu Ying menawan set kedua 21-18, namun aksi dalam set ketiga menyaksikan mereka melepaskan peluang untuk menoktahkan kejayaan biarpun mendahului 21-20 untuk pertarungan berkesudahan 21-23. 

Peng Soon terpaksa beraksi dengan kecederaan dalam set penentuan dan peluang itu digunakan sebaik mungkin Tontowi-Winny untuk mara dengan kemenangan 23-21.

"Kami hanya memberi tumpuan untuk mengutip mata demi mata. 

"Nampak macam kami ada peluang dan oleh kerana terlalu inginkan kemenangan, ia menjurus kepada kekalahan kami," jelas Peng Soon. 

Liu Ying turut mengakui terperangkap dengan pendekatan permainan sendiri dengan berkata: "Kami kalah disebabkan kesilapan sendiri, jadi kami berasa agak kecewa jugalah."

Advertisement

Must Watch Video