Pemain beregu lelaki profesional negara, Tan Wee Kiong, mendapat suntikan semangat menjelang saingan Kejohanan Badminton Seluruh England 2019 apabila baru sahaja menimang cahaya mata, kelmarin.
Wee Kiong membuat pengorbanan yang cukup besar apabila bayi sulungnya baru sahaja dilahirkan dan sejurus kemudian, dia terpaksa terbang ke Birmingham untuk menyertai Seluruh England.
Dia mengakui walaupun perjtemuan bersama isteri dan zuriat mereka itu hanya sekejap, ia sudah cukup untuk mengobarkan semangat dan kegembiraannya sempena kejohanan kali ini.
Isterinya, Chia Shi Leng, ketika ini dijaga keluarga mentua dan keputusan untuk mencari nama yang sesuai buat anaknya itu hanya akan diputuskan Wee Kiong selepas tamat Seluruh England, Ahad ini.
"Saya sangat gembira dengan kelahiran anak pertama tetapi saya perlu menghadapi Seluruh England selepas membuat persiapan rapi," kata Wee Kiong.
Dalam edisi kali ini, Wee Kiong berhasrat untuk mara ke separuh akhir dan memperbaiki pencapaian tahun lalu yang menyaksikan mereka terkandas di peringkat suku akhir apabila tewas kepada pasangan Denmark, Mathias Boe dan Carsten Morgensen.
Wee Kiong dan V Shem akan memulakan saingan menentang pasangan Indonesia, Barry Angriawan-Hadrianto Hadrianto, dalam pusingan pertama.
"Kami berharap dapat mengekalkan pencapaian tahun lalu selepas melangkah ke suku akhir dan mungkin dapat pergi lebih jauh," ujarnya.