Kejohanan Badminton Seluruh England yang bermula esok akan menjadi kayu pengukur sebenar kepada aspirasi pemain negara dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam menakluki saingan badminton dunia musim ini.
Ia akan menentukan sama ada 10 wakil negara di Birmingham akan menjadi pencabar atau pelengkap jadual untuk edisi kali ini.
Kudrat wakil profesional seperti pemain perseorangan lelaki, Liew Daren, Tan Wee Kiong-Goh V Shem (beregu lelaki) dan finalis edisi 2017, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran), menjadi sandaran berpengalaman buat Malaysia dalam kejohanan itu.
BAM pula terus mempertaruhkan prospek masa depan seperti perseorangan wanita, Goh Jin Wei, dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Kejohanan Seluruh England merupakan kejohanan bertaraf Super 1,000 pertama daripada tiga kejohanan di bawah kalendar jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Semua pemain mahu menjadi juara.
"Kejohanan itu merupakan kejohanan yang paling sukar di dunia selepas Sukan Olimpik
"Kejohanan itu mempunyai prestij yang tersendiri dan sesiapa yang menjuarainya pasti akan menempa nama dalam dunia badminton.
"Semua pemain terbaik dunia akan berkumpul di sana," kata bekas pemain beregu negara, Ong Ewe Hock.
Ewe Hock, yang hampir berada dalam senarai juara Seluruh England sebelum kecundang dalam final 1998, percaya kontinjen negara di Birmingham kali ini mempunyai kualiti untuk mencabar kejuaraan walaupun mereka memaparkan aksi mengecewakan dalam Terbuka Jerman minggu lalu.
Secara kesuluruhan, Malaysia menghantar 10 wakil dalam semua kategori kecuali beregu wanita.
"Menang dan kalah adalah perkara biasa.
"Mereka mungkin belum menyesuaikan diri kerana negara kita bercuaca panas.
"Cuaca di Jerman pula agak sejuk, begitu juga di England.
"Saya berharap mereka akan bangkit untuk memberikan aksi mantap dalam Seluruh England," tambahnya.